Isnin, 31 Mac 2008

MMS..






















Tersenyum....

Dua hari lepas hs aku berbunyi..
lirik...Strawberry...(cuppycake)
haha..t'igt org jauh..suke
bebeno dia ngan lagu ni..
sehat ke dia..dia buat apa
sekarang ??

Tersenyum Lagi..

OoooOo...rupanya dari org jauh!!!
multimedia msg...
aku terpaku...
rupanya anak buah aku
TENGKU YASMIN...

Tersenyum Lebar..

Minmin makin cute...dah besar
lagi pandai bergaya..

Selang beberapa minit hs aku bunyi lagi..

Siapa plak hantar msg kat ku ni...hahaha Mak Buyung (Mama Yasmin) rupanya
huhuhu...makin bulat pp dia..
tido banyak ke ?

Atau makan tido je kerja ko sekarang..
tu pic t'kini ko ek ?
pesal bulat sangat ?

Sovi..aku lom upload pic ko kat sini..
ko tau je la aku..pasal edit mengedit ni
bukan rajin sangat...

Apapun....nanti la kalo aku rajin...
k...


Ahad, 30 Mac 2008

BUATMU ALONG

Lagi pasal anakku along..

Along,untuk hari ni mama rasa tenang sangat
terima kasih along,kerana along masih
menghormati mama dan masih sudi mendengar
kata mama..leteran mama pada along..

Ketahuilah anak..tiada ibu yang sanggup
melihat anaknya hidup dalam kesusahan,
mama mungkin bukan ibu yang terbaik didunia ini..

Mama mintak maaf banyak2 dari along
atas apa yang mama buat pada along
mama sayang along...bukan mama tak
kesian dengan apa yang mama buat pada along
tapi mama kena tegas..dan hasilnya
alhamdulillah...

Along sendiri dapat menilainya...

"MAMA SENTIASA SAYANGKAN ALONG"




Khamis, 27 Mac 2008

RESAH SEORANG IBU


Untukmu Along

Sayangku Along...
ntah camner lagi mama nak
jelaskan padamu sayang,
along,pelajaran tu penting..
dengarlah kata mama..

Mama nak kau berjaya
dalam hidup..biar kita miskin duit
tp kaya ilmu sayang..
dah kering air liur ni
mama leterkan kau..

Pandanglah mama ni,dengarlah rintihan
seorang ibu...mama tertanya2
kenapa along...kenapa...
apa yang membuatkan along
jadi begini...kenapa

Apa dosa mama pada along..
salahkah cara mama mendidikmu selama
ini...tidak adakah perasaan ingin
melihat mama bahagia dengan kejayaanmu..

Mama tak minta segala kemewahan darimu
cukuplah kau berjaya
berjaya dalam hidupmu dunia
dan akhirat..







Selasa, 25 Mac 2008

ADA APA DENGAN NAMA !!!


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.




Selasa, 11 Mac 2008

sakit kepala


Hari ni kerja banyak tul..sakit kepala.. kerja hari khamis, baru serah kat aku hari ni.. aku rancang hari khamis ni nak cuti nak ajak anak2 makan angin..

Em nampaknya..esok aku terpaksa habiskan jugak la kerja aku kalau nak cuti hari khamis ni...hajat di hati nak turun KL jer...

Leh jumpa zam ngankeluarga dia kalau dia sudi.. tapi aku lom bincang tul2 ngan somi aku... malam ni nak tanya dia dulu la...

Oh ya, hari ni bezday adik kesayangan aku NAMI.. aku tak kasi apa pun..kat dia cuma ucapan jer... Apa pun,cuma satu akak nak ko tau akak tetap sayang ko ... ok blah dulu...banyak kerja.

Ahad, 9 Mac 2008

Kesedihan Yang Tak Ku Duga

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)


Terasa sebak dihati bila ku ingatkan Tarikh KERAMAT dalam hidup ku...

4 MAC 2008

Terlalu besar dugaan yang Allah berikan padaku,namun aku redha..
setiap apa jua dariNYA

Pasti ada KEBAIKAN yang tak dapat dinilai
Dengan mata kasar,dihayati dengan jiwa yang sedang bercelaru...

Niat dihati kalau hari cuti aku dan anak2 misti la nak rehat..tapi apakan daya..
kekadang tu aku rasakan, hari2 yang aku lalui lebih baik
kerja dari cuti dan berada dirumah...Bukan sbb aku tak suka rumah aku..tidak sama sekali
tp aku tak tahan dgn kerenah iparduai yang..tak sefahaman dengan
adik beradiknya...BOSAN aku...ada saja yg nak dibuat hal..
kalau tak masalah anak2...masalah ....saja dicari2...

Kekadang tu terfikir jugak aku kalau la 12 tahun lepas aku dirikan rumah aku jauh
dari diaorang tak la sebegini jadinya...

Patutlah..biras2 aku..yg tua dari aku tak nak duduk berdekatan dengan
diaorang...rupanya sekian lama aku tertanya2 kenapa hari ni baru aku dapat jawabannya..
Kalau nak diikutkan hati...TUHAN saja yang tahu...

Namun aku masih menghormati ayah suami aku..aku masih menghormati
SUAMI yang aku cintai sekian lama...

AKU TETAP BERSABAR...TP SAMPAI BILA ???!!!!


WALAUPUN KU TAHU BUAH YANG DITANAM DARI SEPOHON KESABARAN
MASAKNYA MANIS LAGI RANUM....

Undi Pos

Semalam 8.3 aku kena jaga Undi Pos
Hari ni, aku kene kerja plak
Huh..ingat BN menang dapat gak
Cuti ke..apa ke1 hari..

Mata plak ngantuk giler...
Kerja aku banyak ngalahkan D.O
Hajat dihati nak Edit...pic aku kat sini..
Tapi mata aku mmg dah tak mengizinkan aku...

Aku nak g tido la dulu..esok2 la
Aku cuba update blog aku ni...
Malas nak menaip a..