Khamis, 11 Disember 2008

tag...dr nina

1. Bekas kekasih sy..
Bekas kekasih...eee soklan neh...buat aku ingat dia la pulok muahaha (dosa tu)
k la..tak banyak yg aku tahu pasal dia sekarang tp yg last dia dah kawen...dah ada anak
isteri dia cikgu...lagi pasal dia...jawatan yg dia sandang sekarang mmg tinggi...gaji...mmg la tinggi gak..

2. Sy sedang mendengar..
Alamak...neh member sebelah aku duk pok pek..pok pek.. boring...

3. Mungkin sy patut..
kurangkan berat badan neh kembali pada asal 48 kg...tp sesuai ker ibu pada anak 4 neh ?

4. Sy suke belajar..
Hahaha aku malas belajar hahaha

5. Sahabat baik sy..
WANA....

6. Sy tak paham..
Apa yg aku paham ??? mmg tak paham...

7. Sy kehilangan..
Rm6000.00 dalam masa terdekat....

8. Ramai yg berkata..
Rupa aku cam org ARAB........

9. Makna nama saya..
Hahahahaha roll_honey...madu gulung..hahahaha

10. Cinta itu..
CINTA BUAT AKU LUPA SIAPA AKU lupa diri la tu haha ...ya ker ?

11. Disuatu tempat..
Banyak tempat...tak tau nak ingat mana satu...(alasan)
sebenarnya malas nak ingat

12. Saya akan cube..
Sedaya upaya untuk dapatkan apa yg dihajati....itu lah aku..dasat2

13. Makna " selamanya "..
Aku mencintaimu selamanya

14. Handphone sy..
Nokia....

15. Sy paling meluat..
Em...aku payah meluat2 neh..namun satu jer aku meluat bila
depan kita baik..belakang sendiri mau ingat la....

16. Bile sy bangun dari tido..
Misti la tgk my b...letak kepala kat lengan dia..cakap kat telinga dia
abg..bangun la dah lewat ni...(ala manja2 gitu) hahaha ehemmmmm.

17. Party..
Tak suke ramai org

18. Haiwan yg paling cute..
Aku mmg jenis tak tau menilai haiwan...
tp masa anak dara dulu aku suka tucin...tido pun ngan tucin

19. Peringkat umo yg paling menyeronokkan adalah...
Semua best 5-32 sekarang neh tak tau nak cakap..semua dalam kenangan

20. Hari ini sy rasa tension..
......................................................................................................

21. Malam ini sy akan cube..
Hahaha patut ker aku bg jawapan neh hahahaha..taraaaaaaa

22. Sy betul2 inginkan..
Jawatan yg br aku temuduge....

23. Bile tengok muka kat cermin pg tadi...
Dah tua aku lg setahun tu jer yg terdetik kat hati neh

24. Shopping kompleks..
Em bila umur dah nak dimakan usia neh...biasa la just beli brg dapur
dah tak ada makna aku nak lepak ker apa ker...(apa aku taip neh ?)

25. Makanan segera biasanya..
Yang neh aku mmg tak leh tahan..br 2 hari lepas aku nanges n majuk ngan b nak makan
kat A n W...

26. Ayat terakhir pada orang..
Nak mende ?

Bear neh aku bg kat korang yg
sudi bg award kat
aku terima kasih banyak2
bila dah terlalu banyak dapat award
akak ko neh tak tau dah
nak letak mana muahaha
akak simpan jer
dalam peti ais
muahaha...

luv u all

Khamis, 4 Disember 2008

Award dari kin
semperna apa ya ?
huhu mata cam butang bj
mulut cam zip
tangan plak cam plastik man..


aku gelak sorang2
gamaknya semperna..

mama_nakal_2008

Selasa, 2 Disember 2008


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajah nya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaan nya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicara nya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangan nya meningkat kan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan nya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlak nya,
Itupun seandai nya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ia nya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan pelihara lah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan dari mu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan diri mu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang dari mu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodoh mu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan nya ,
Bersyukur lah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabat ku ,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia , Seindah hiasan adalah wanita solehah"