Ahad, 25 Mei 2008

cameron highland


Bumi Allah yang indah..itu la yg terdetik bila kali pertama
tgk pic yg hubby ambik kat
Cameron Highland

Juma'at 23.5
huhu aku kene tinggal lagi
somi aku g kat pic atas tu...
nak ikuttt...

"mana boleh"
kerja...sayang..
(masam muka..sajajer muhaha)
buat majuk2 la konon huhuhuhu

kat kepala ligat mikir nanti kalo somi aku
tak ada aku nak g mana ek ?
malasnya nak bawak kete..

emm sampai jer kat sana somi aku call
"dah sampai ni"

"best tak ?"
"sejuk tak ?"
"ada apa kat atas sana ?"

hehehe soklan bertubi2

"tak tau lagi, baru sampai ni"

ok rehat dulu...
bye..

Malamnya..

eeeee sambung semula la....
huh banyak kerja ni.....

nanti kak da upload ngan pic2 lain yg somi
ambik kat sana.....
k..






kisah hantu

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak
ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya
perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri
anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir
lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,
pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan
dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita
cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan
dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,
suruh kacau dodol atau jaga lemang.
Tentu dia tak kacau kita sebab

banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Ha ntu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau
terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak
perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,
dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal
dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan
untuk berdiri
tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu
sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu
dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen
banyak2 tu

Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni
cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu
nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengahponteng
nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi
bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

Pengundi Hantu

Pakai kad pengenalan orang lain
Naik bas dalam kumpulan ramai
Merbahaya hanya semasa pilihanraya umum/kecil
Kad pengenalan kena lah dirampas.
Dapat perlindungan Polis, SPR, Imegresen, Jabatan Pendaftaran.
Suroh balik ajer lah..........................................
muahahaha....muahahaha..


LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2
NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI
LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!'
...SELAMAT BERJAYA... bersiulbersiul

Khamis, 22 Mei 2008

pic anak

Anak2 tercinta
em ni la wajah2 anak kesayangan
kak da


Along

Adik Aiman

Kakak

Nabilah




pic anak

gubahan


Em baru2 ni anak sedara aku kawen so ni la antara
gubahan yg aku buat n sempat aku
ambik gambo


Yang atas tu kain baju melayu yang digubah menjadi
kotak tisu

Yang bawah ni plak bekas letak cincin
aku reka dari bahan2 yang terbuang..
muahaha ada ker cam tu..


Rabu, 21 Mei 2008

meh kita bunuh setan

MEH KITA BUNUH SETAN..

Seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik.Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...
dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan".

Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..." sambil ketawa.Si isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang.Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang..."."Tak pe... tunggula malam nanti".

Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah.Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg... ".

Si suami tiba-tiba marah dan berteriak ... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"

cara jawap tepon yg betul

Meh Gelak ngan Kak Da

Ringg...ringgggg...ringgggggg

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

respek

Selasa, 20 Mei 2008

hari2 bosan ku

Malas..
hari ni malas tul..
boringnya...

kerja tak banyak tp tak siap gak
main jer
duk layan tenet..
huhuhu
cakap sorang2
buat penat jer!!!!!

hari ni lis call aku (senyum)
cam tak cayer jer..ramah tul si lilis ni
suara plak manja jer
apa pun thanks lis

suka dengar dia cakap..
manja, ramah.. nada plak
selamber jer muahaha

em nak jadi rezeki aku ...
br pg tadi lis cerita pasal
dia g langkawi..

ptg ni dah ada org ofer g sana
"nida nak g langkawi dok?"
"nak..nak"
bila ?
18/19 n 20
huhu bestnya..best...
mmg nak g sangat ni, cakap kat hubby
hubby kata dia nak g gak..
huhu..

sian plak..
hubby org kan bz ngan kerja dia
buat apa nak ikut kita
kerja la..sukma tu duk pangge tu..
nanti malam2 br balik
tugas hantar anak2
misti semua kita kena buat...

bior ..time ni org plak yang
jalan2...
bior...

huhu

majuk....

Ahad, 18 Mei 2008

WANA N ME

BERITA TERKINI

Muahaha wana n kak da
senah ooo senah ramai cari ko
rindu sangat ngan ko la wana
dapat tau ko ada kat ganu sekarang ek ???

Pesal tak tepon aku..sUmmbunG
nyampah aku
weh jom a aku ambik ko ptg ni ek
g makan2
ajak mimin gak
anak2 aku gak

see u

layan pic jap

Nabilah

huhu ni la puteri kak da nabilah
harap2 ni yang bongsu la...
kesian dia masa ni pp dia kak da cubit
sbb kacau kakak dia..
(SAYU JER MATA DIA)


dia dah ok masa ni dah dengar cakap
mama dia yang garang macam "tiger"
kakak selalu cakap mama "garang cam tiger"
aummmmmm..aummmmmmm
muahahaha


Em yang ni nabilah dah tersenyum
ala mucuk2 mama tak marah dah
manis plak budak nih
gedik la tu..

amin..

ok lain kali kak da letak pic kakak,along,adik aiman
dan yang paling dicintai
selain Allah dan kedua ibubapaku

jeng2 siapa lagi SUAMIKU...

huhuhu..

see u




AIS

Air Yang Suam Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air
berAIS.Mungkin sudah tiba masanya kita
meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa...
malah akan mendapat faedah dari amalan
ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS,
artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS
selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan
makanan berminyak yang baru kita
makan. Ia akan memperlahankan
penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini
terbentuk di dalam usus, ia akan
menyempitkan banyak saluran dan lama
kelamaan ia akan menyebabkan lemak
berkumpul dan kita semakin gemuk dan
menuju ke arah mendapat pelbagai
PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup
panas atau air PANAS/suam selepas
makan.

:Nota penting tentang SERANGAN
JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua
tanda-tanda serangan jantung akan
mula terasa pada tangan sebelah kiri.


Berhati-hati juga pada permulaan sakit
sedikit-sedikit pada bahagian atas
dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami
sakit dada pada serangan pertama
serangan jantung.


Keletihan dan berpeluh adalah tanda-
tanda biasa. Malah 60% penghidap
SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas
tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-
hati.

SOLAT

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
• Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
• Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
• Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
• Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
• Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
• Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
• Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
• Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
• Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
• Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
• Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
• Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
• Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
• Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
• Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
• Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firau
n.

ASAL USIL API KEDUNIA

Asal usul api di dunia Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah. Aku diperintah untuk mengambil sedikit api
neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun
memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api
neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70
buah sungai. = 70 tak 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
diletakan diatas sebuah bukit yang tinggi. tetapi sejurus setelah
diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat
jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat
di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang
terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap
sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan
akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR
ZARAH SAHAJA.

"JANGAN MENGELUH"

salam

"JANGAN MENGELUH"

Kita selalu Bertanya....................dan...Al-Quran sudah menjawabnya. ................


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of
faith to Allah" sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The
Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari
Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Selasa, 13 Mei 2008

menguji kesabaran

Sakitnya pale ni....
tak tau nak cakap camner
rasa nak nangis jer... tp apa kan daya
takkan aku nak nangis depan teman
kerja aku nih..malu la
aku!!!!!!!!!

Bangun pagi cam biasa 5.30 mood aku ok jer
anak2 pun ok alhamdulillah
nak solat aku dalam keadaan tak
mengizinkan

Aku teruskan tugas aku sebagai ibu pada ank2
dan sebagai suri sebelum keluar kerja

Anak2 siap awal hari ni..
sekali lagi alhamdulillah
along n adik aiman 6.30 dah siap

"mama along exam hari ni"
"mama tau la kan semalam along dah bagi tau mama"

salam...
"mama along nak g ngan basikal hari ni"
"ok"

Adik
"mama adik aiman pun nak g ngan basikal,adik balik
(karang) ayat Ganu..mama beli adik nasik ayam"

Senyum, tiap2 hari ayat yg sama jer..

"Aiman cepat arrr kang org tinggal kang"
huhu lagi ayat Ganu...muahaha

"mama salam ma...cepat la ma..along nak tinggal adik
dah.."

Salam..
" mama !!!!! along nak gi dah"
"Adik nak g dah ma..bye..ma"

Senyum..
"Assalamualaikum..belajar elok2 jawap exam tu baca dulu soklan "
"Ok ma"

Urus plak kakak.
"mandi kak, pakai baju tu"

Kakak cam biasa tak banyak masalah ok jer
pakai baju minum susu dia

Em nabilah plak,
pun tak ada masalah
ok jer

Tetiba yg buat aku SEDEY sangat hari ni..
"Da, mana baju saya..."
aku diam ..otak aku tak sempat nak pikir..

nabilah plak nangis ..manja..
aku lupa..mana aku letak..semalam rasa dah angkat..
mana ek...

oh lom sempat aku jawap..br ingat ada ..aku gantung..
hubby dah ambik

"....................."
.........................................................

maka keluar la ayat yg tak sepatutnya..
aku diam jer
ini lah perangai aku kalau ada yg kenal rapat ngan aku
apa pun aku misti diam dulu...

Terkejut pun ada...ah bukan takat ada
mmg terkejut sangat...

Ya Allah..

TERUS HILANG MOOD



Khamis, 8 Mei 2008

EMM



Luahan rasa...hari ni pg td rasa damai sgt dihati
biasa la aku sampai je kerja terus ngadap com.(dah mmg kerja aku)
cam ner ek aku nak luah kan
moga korang faham perasaan
insan yg korang pangge
kak da @ kak ida

Sebenarnya kak da sayang korang semua
sama rata jer taka ada beza pun sama ada
yang dah kawen atau belum
(korang kena faham gak ngan akak)


semuanya bermula ngan laman yg pernah aku lepak dari
tahun 2004
sekarang dah pun 2008
mulanya tak ramai yg aku kenal kat situ
ada la sorang dua
dulu lepak kat situ pun bukan apa,... saja..
suke tgk diaorang chat n
kekadang tu aku pun mencelah gak la

tp semua tu dah lama berlalu..
TDC pun dah tak dapat nak masuk
sekarang ni

so aku biasa la lepak mana yg patut jer
buka blog yg tak seberapa ni seadanya
tu pun bila rajin jer aku online..
bila dah buka blog aku mula
ramah tamah plak dah ngan

zam..
sha..
zol

wana tak kira la mmg teman rapat

Em satu hari tu duk chat2 ngan zam ..
zam anto msg kak da masuk la
TDC saya..

"uh kejut gak, tdc zam???"
"eh ko buat sendiri ker zam???"
"tak caya a.."
"uuuu tabik a ngan ko zam"
"tak la ka da biasa jer tu..."
"senang jer cam blog la jugak.."
mula2 masuk tu akak gelak kat zam
pesal ni zam
"rasa cam duk kat tadika jer"
"hahaha tadika la best kak da"

ceh budak nih...hahaha
lepas tu zam mula tukar B/G

em lawo..
ok la tu...

hari demi hari2 aku mula post apa yg patut..
tanpa sedar *tut...tut...
nama tersenarai kat forum..
uik..pesal plak ni
siap ngan pangkat lagi

"tak mo a zam"
"ala akak terima jer la dah org bagi"
"tak yah..org jd rakkyat jelata dah.."

huhu pemintaan tak dilayan
sampai la hari ni...

so ngan hati yg berat demi TDC
yg tercinta (tenet) pun ada gak yg tercinta
huh dasat...

aku terima gak..
(dasat aku ) kene jaga forum rumahtangga ngan keluarga ?
jenuh gak aku kene cari bahan2
nak hidup kan tdc..
so alhamdulillah..
nampaknya ramai yg suka dan ramai yg
tak puas hati..

sepatutnya diaorang kena faham..
kuasa VETO bukan pada aku..
aku sekadar hidup kan TDC..
just nadi jer..

TUBUH org lain yg jaga...
apa2 pun adik2 tersayang bersuara
tak puas hati..

huhuhu yg kene aku..tp tu la bila org dah beri
aku rasa kepercayaan dah percaya ngan
aku..aku sabar aku tetap
buat bodoh walau ada yg tak
suka..br aku tahu jd mod

aku tak nafikan bahan2 yg aku post kan mmg
PANAS...
tp untuk yg dah kawen
akau tak pertikaikan yg belom kawen
tp patutnya adik2 kene faham
apa yg di bincang kan
luar batasan
semua dalaman
bg yg dah kawen

takan dalam selimut pun anak dara nak
tau...

fikir la dik...

akak tak kisah kalau korang tak suka
akak..

akak leh undur diri..

tak pun biar lah org lain yg jaga
forum tu..

SEDEY sgt...

terutama adik akak sha...
tak pernah bersuara
tp bila bersuara...

......apa pun akak tetap
sayang korang

akak bukan jenis suke
kecoh2
tak suke marah2
biar la korang nilai sendiri

akak tak leh buat apa
cam ni la akak,

ada bahan menarik akak post
jer...

k tetap

TERSENYUM..













6.5.2008

6.5.2008

Senyum sendiri...ah aku ni sentiasa tersenyum
(banyak la senyum aku )
hahahaha
rasa cam tak percaya ..hari ni
ada dua perkara yg menarik
dalam hidup aku

Pertama hari ni hari LAHIR HUBBY aku..

Kedua hari ni aku dapat jumpa DIKA
(seorang adik yg aku kenal kat laman TDC)

Cam ner nak cerita ek huhu..

Hahaha hari ni hubby tak henti2 call aku
aku saja buat2 tak ingat
sebenarnya aku sentiasa ingat
tak pernah lupa pun

BIRTHDAY dia
tp aku hairan a
masa muda2 dulu
hubby tak kisah pun
nak sambut ker tak nak ker birthday dia
tapi bila masuk era 30an ni lain
macam plak aku tgk perangai dia hahaha
cam budak2 manja...
emm manja sgt2
hahaha

Kul 9.am aku call nyayi lagi

"happy birthday too u..
happy birthday my love"

muahahah
(siap hantar sms lagi)
dpn kwn aku plak tu hahaha
(aku mmg poyo mmg tak tau malu)
eishh beso kemaluan aku hahahaha..
malu gak tp saja buat tak nampak
org kat sekeliling aku.

Tp aku tak bl apa pun kat hubby lom sempat
aku just ucapkan jer la dulu tanda ingatan
yg tak pernah pudar

(syyytttt beri apa yg patut jer hahahahahaha)

Sebenarnya aku dah ada perancangan aku sendiri
tp tunggu hari jumaat ni..
jeng2..jeng2

ok cukup la dulu pasal BIRTHDAY...