Ahad, 18 Mei 2008

ASAL USIL API KEDUNIA

Asal usul api di dunia Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah. Aku diperintah untuk mengambil sedikit api
neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun
memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api
neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka
sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70
buah sungai. = 70 tak 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan
diletakan diatas sebuah bukit yang tinggi. tetapi sejurus setelah
diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat
jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang
sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat
di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang
terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap
sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan
akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR
ZARAH SAHAJA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan