Ahad, 25 Mei 2008

kisah hantu

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak
ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya
perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri
anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir
lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,
pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan
dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita
cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan
dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,
suruh kacau dodol atau jaga lemang.
Tentu dia tak kacau kita sebab

banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Ha ntu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau
terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak
perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,
dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal
dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan
untuk berdiri
tegak.

Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu
sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu
dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen
banyak2 tu

Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni
cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu
nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengahponteng
nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi
bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

Pengundi Hantu

Pakai kad pengenalan orang lain
Naik bas dalam kumpulan ramai
Merbahaya hanya semasa pilihanraya umum/kecil
Kad pengenalan kena lah dirampas.
Dapat perlindungan Polis, SPR, Imegresen, Jabatan Pendaftaran.
Suroh balik ajer lah..........................................
muahahaha....muahahaha..


LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2
NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI
LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!'
...SELAMAT BERJAYA... bersiulbersiul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan