Selasa, 2 Disember 2008


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajah nya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaan nya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicara nya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangan nya meningkat kan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan nya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlak nya,
Itupun seandai nya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ia nya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan pelihara lah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan dari mu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan diri mu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang dari mu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodoh mu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan nya ,
Bersyukur lah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabat ku ,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia , Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan