Khamis, 7 Mei 2009

SETIAP MALAM SEPIKU>>>>


Disetiap malam sepiku..kurenung wajahmu
yg sikit pun tiada calit dosa (dalam benakku..
sungguh tenang wajahmu)
wajahmu iras mama...



Tido la sayang ..moga nanti dalam
tidomu ada mimpi indah
seindah syurga yg menanti...


Sabar la sayang....mama tahu dirimu tabah
jalani hari2 mu...mama tahu kau sedang
hadapi dugaan dari DIA YANG MAHA ESA
ketahui la nak...mama mana yg tak sebak..
mama mana yang dapat kawal dirinya
bila tahu anak yg dikasihi....

Ya Allah.....

sebakku tiada siapa
yang tahu..

setiap malam sebelum tido..

"mama,kakak dah nak tido ni mama"

selagi mama tak iakan apa yg
kakak bg tau mama..selagi itu
matamu tidak pejam...

"ya sayang..kakak tido dulu.."
sebak dada ni..hanya tuhan yang tahu..

disetiap pagimu..

"mama kakak dah nak gi sekolah ni..."
assalamualaikum mama..

"ya kakak..jawap salam.."

mata yg putih bersih..terus memandang
aku...sehingga hilang dari pandangannya..

Ya Allah..kau selamatkanlah anakku
dunia dan akhirat...
sesungguhnya terlalu berat untukku
kehilangannya....
aku tau sesungguhnya mereka hanya amanah
dariMU untukku....

aku redha...


Ingat la wahai anakku...bahawa kau ada
seorang kakak...yg sangat baik/comel
dan amat sayangkan adiknya...

*hanya aku yang tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan