Selasa, 29 April 2008

lirik lagu..

Andai Ku Tahu

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku


Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai Ku tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat PadaMu

Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku
Menangis minta taubat PadaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat PadaMu

Aku tak

Akan semua dosa-dosa ku
Aku taku
t

Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku


Dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku

Menangis minta taubat PadaMu


Ahad, 27 April 2008

aku...


it's me..real me..muahaha
ni test tudung indon yg
hubby bl..

satu masa dulu,member tenet nak sgt
tgk wajah aku ..
ni la aku..

yang korang pangge

"KAK IDA @ NIDA @ DA"

Khamis, 24 April 2008

leka

Senyum (kan senyum tu sedekah)
lama tul aku tak update blog aku
bukan malas bukan
apa pun cuma aku leka
duk lepak
kat TDC
kekadang tu
banyak
kerja..

Dalam seminggu ni banyak perkara yg belaku
nak akau cerita kat sini..dua tiga kali gak duk fikir ni
yer la,apa tidaknya, nantikan
kalo taip kat sini jadi cam
buka pekung
kat diri
sendiri
plak

Fikir duk Fikir nanti2 la







Khamis, 10 April 2008

Semangatku hilang...

Semalam aku cuti lagi...aku cakap
kat kawan opis anak aku demam
sebenarnya tidak...anak sulongku
buat perangai lagi
tak nak
ke sekolah lagi...

Sakit kepala..pening aku memikirkan perangai
anak aku ni..nak kata ada masalah kat
sekolah tidak, aku dah jumpa guru dia
dah bincang pun...

Perangai baru dia nak aku tunggu dia kalau
nak suruh dia g sekolah..aku try ikut
permintaannya...satu hari boleh la
akukan kerja...
mana ada cuti banyak2 nak suruh
aku ikut apa yang dia hajatkan...

Terlintas difikiranku...aku ambik cuti satu
bulan tanpa gaji ?
Fikiran aku bercelaru aku dah tak dapat nak berfikir
dengan baik..sehari dua ni
sakit..sakit jiwa aku di buatnya

YA ALLAH..
kau berilah petunjuk..
pada hamba mu
yang lemah
ini..



Rabu, 2 April 2008

Tenang


Lafaz yg p'tama t'detik dihati..Alhamdulillah...
terasa damai dihati, sekian lama
aku mencari kedamaian ini.


T'igt pada sorang TEMAN yang boleh aku
panggil SAHABAT..tp aku dah lama
tak berhubung dgnnya..

Kemana dia menghilang aku tak pasti..
banyak kata2 semangat yang
sudi dikongsi bersama..


Mungkin itu sudah tugasnya...
andaikata aku ketemui dia
lagi...akan ku ucapkan ribuan terima kasih
padanya..akan ku nyatakan padanya
bertuah siapa yang dapat mendampinginya...

Tetapi bilakah aku akan ku ketemui dia lagi..
dimana...dan bagaimana.???

Oh Tuhan...

Isnin, 31 Mac 2008

MMS..






















Tersenyum....

Dua hari lepas hs aku berbunyi..
lirik...Strawberry...(cuppycake)
haha..t'igt org jauh..suke
bebeno dia ngan lagu ni..
sehat ke dia..dia buat apa
sekarang ??

Tersenyum Lagi..

OoooOo...rupanya dari org jauh!!!
multimedia msg...
aku terpaku...
rupanya anak buah aku
TENGKU YASMIN...

Tersenyum Lebar..

Minmin makin cute...dah besar
lagi pandai bergaya..

Selang beberapa minit hs aku bunyi lagi..

Siapa plak hantar msg kat ku ni...hahaha Mak Buyung (Mama Yasmin) rupanya
huhuhu...makin bulat pp dia..
tido banyak ke ?

Atau makan tido je kerja ko sekarang..
tu pic t'kini ko ek ?
pesal bulat sangat ?

Sovi..aku lom upload pic ko kat sini..
ko tau je la aku..pasal edit mengedit ni
bukan rajin sangat...

Apapun....nanti la kalo aku rajin...
k...


Ahad, 30 Mac 2008

BUATMU ALONG

Lagi pasal anakku along..

Along,untuk hari ni mama rasa tenang sangat
terima kasih along,kerana along masih
menghormati mama dan masih sudi mendengar
kata mama..leteran mama pada along..

Ketahuilah anak..tiada ibu yang sanggup
melihat anaknya hidup dalam kesusahan,
mama mungkin bukan ibu yang terbaik didunia ini..

Mama mintak maaf banyak2 dari along
atas apa yang mama buat pada along
mama sayang along...bukan mama tak
kesian dengan apa yang mama buat pada along
tapi mama kena tegas..dan hasilnya
alhamdulillah...

Along sendiri dapat menilainya...

"MAMA SENTIASA SAYANGKAN ALONG"




Khamis, 27 Mac 2008

RESAH SEORANG IBU


Untukmu Along

Sayangku Along...
ntah camner lagi mama nak
jelaskan padamu sayang,
along,pelajaran tu penting..
dengarlah kata mama..

Mama nak kau berjaya
dalam hidup..biar kita miskin duit
tp kaya ilmu sayang..
dah kering air liur ni
mama leterkan kau..

Pandanglah mama ni,dengarlah rintihan
seorang ibu...mama tertanya2
kenapa along...kenapa...
apa yang membuatkan along
jadi begini...kenapa

Apa dosa mama pada along..
salahkah cara mama mendidikmu selama
ini...tidak adakah perasaan ingin
melihat mama bahagia dengan kejayaanmu..

Mama tak minta segala kemewahan darimu
cukuplah kau berjaya
berjaya dalam hidupmu dunia
dan akhirat..







Selasa, 25 Mac 2008

ADA APA DENGAN NAMA !!!


A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.




Selasa, 11 Mac 2008

sakit kepala


Hari ni kerja banyak tul..sakit kepala.. kerja hari khamis, baru serah kat aku hari ni.. aku rancang hari khamis ni nak cuti nak ajak anak2 makan angin..

Em nampaknya..esok aku terpaksa habiskan jugak la kerja aku kalau nak cuti hari khamis ni...hajat di hati nak turun KL jer...

Leh jumpa zam ngankeluarga dia kalau dia sudi.. tapi aku lom bincang tul2 ngan somi aku... malam ni nak tanya dia dulu la...

Oh ya, hari ni bezday adik kesayangan aku NAMI.. aku tak kasi apa pun..kat dia cuma ucapan jer... Apa pun,cuma satu akak nak ko tau akak tetap sayang ko ... ok blah dulu...banyak kerja.

Ahad, 9 Mac 2008

Kesedihan Yang Tak Ku Duga

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)


Terasa sebak dihati bila ku ingatkan Tarikh KERAMAT dalam hidup ku...

4 MAC 2008

Terlalu besar dugaan yang Allah berikan padaku,namun aku redha..
setiap apa jua dariNYA

Pasti ada KEBAIKAN yang tak dapat dinilai
Dengan mata kasar,dihayati dengan jiwa yang sedang bercelaru...

Niat dihati kalau hari cuti aku dan anak2 misti la nak rehat..tapi apakan daya..
kekadang tu aku rasakan, hari2 yang aku lalui lebih baik
kerja dari cuti dan berada dirumah...Bukan sbb aku tak suka rumah aku..tidak sama sekali
tp aku tak tahan dgn kerenah iparduai yang..tak sefahaman dengan
adik beradiknya...BOSAN aku...ada saja yg nak dibuat hal..
kalau tak masalah anak2...masalah ....saja dicari2...

Kekadang tu terfikir jugak aku kalau la 12 tahun lepas aku dirikan rumah aku jauh
dari diaorang tak la sebegini jadinya...

Patutlah..biras2 aku..yg tua dari aku tak nak duduk berdekatan dengan
diaorang...rupanya sekian lama aku tertanya2 kenapa hari ni baru aku dapat jawabannya..
Kalau nak diikutkan hati...TUHAN saja yang tahu...

Namun aku masih menghormati ayah suami aku..aku masih menghormati
SUAMI yang aku cintai sekian lama...

AKU TETAP BERSABAR...TP SAMPAI BILA ???!!!!


WALAUPUN KU TAHU BUAH YANG DITANAM DARI SEPOHON KESABARAN
MASAKNYA MANIS LAGI RANUM....

Undi Pos

Semalam 8.3 aku kena jaga Undi Pos
Hari ni, aku kene kerja plak
Huh..ingat BN menang dapat gak
Cuti ke..apa ke1 hari..

Mata plak ngantuk giler...
Kerja aku banyak ngalahkan D.O
Hajat dihati nak Edit...pic aku kat sini..
Tapi mata aku mmg dah tak mengizinkan aku...

Aku nak g tido la dulu..esok2 la
Aku cuba update blog aku ni...
Malas nak menaip a..



Rabu, 6 Februari 2008

.......????

Hari ni aku tesen tul dah la aku tak dapat tenet...

Selasa, 5 Februari 2008

Zodiak



FEBRUARI

Rahsia Bulan dan Kelahiranku


* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

* Bijak dan pintar

* Berpewatakan yang mudah berubah.

* Mudah menawan orang lain.

* Agak pendiam.

* Pemalu dan rendah diri.

* Jujur dan setia pada segalanya.

* Keras hati untuk mencapai matlamat.

* Tidak suka dikongkong.

* Mudah memberontak apabila dikongkong.

* Suka kegiatan yang lasak.

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

* Sangat berani dan suka memberontak.

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka hiburan dan sukan.

* Suka benda yang bersifat seni.

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

* Belajar untuk mempamerkan emosi



Ahad, 3 Februari 2008

pic aku


He..he ni la rupa aku....ramai yang nak sangat tgk
wajah aku..akhirnya...

Wajah keibuan yg memiliki 4 org anak..
2 putera n 2 puteri..

Wajah tembam insan yang korang panggil
Kak Nida...Kak Ida..Kak Da...

Nanti la..mungkin lepas ni..akan aku upload lagik
pic wajah2 yang korang nak kenal..
anak2 n hubby aku..

Untuk permulaan, cukup la dulu sekeping pic yang seberapa ni
aku uploadkan..

Khas untuk korang...teman,sahabat,adik..yg
jauh di mata tp dekat dihati...



Rabu, 16 Januari 2008

Sekian lama aku menyepi

Sekian lama aku menyepi.. ( bukan kerana malas nak update blog aku )
tp aku agak bz awal tahun ni...banyak yang nak aku
belajar...ye la apa tidaknya...Tahun baru dengan tugas baru
namun alhamdulillah..hari ni aku berjaya gak siapkan
semua bebanan tugas yang deberikan pada aku.

Pada mulanya agak pening juga aku...tp demi tugas, apakan daya.
Awal tahun ni tak banyak sangat yang menarik dalam perjalanan
hidup aku ni..

Cuma satu perkara je yang..aku tak ada teman baik jer kat opis untuk temankan aku makan,dengar ...
cerita pasal..aku..anak2..keluarga...(kalau dulu Wana la) pendengar setia
aku...

Sesungguhnya aku rindu sangat ngan Wana...

Sepanjang 16 hari di Tahun Baru ni, boleh kira ngan jari aku online..ntah la
kalau dulu setiap hari,kalau free aku misti online..jari aku ni misti nak tgk blog..Wana..

Ada saje cerita yang nak dia posts..
Kekadang tu aku tersenyum sendiri...baca apa yang dia taip..

Untuk hari2 yang berlalu aku..kekadang tu sengaja menyibukkan
diri aku yang sememangnya dah sibuk ni...
banyak perkara yang aku buat...
salah satunya aku buat BODOH jer haha..

Ok la..aku cau dulu..sampai aku..ada masa lagi..

Khamis, 3 Januari 2008

antara sedar dan tidak

Alhamdulillah..aku masih berada di bumi..
yang fana ini...
2 hari aku ct..
akhirnya aku masuk kerja hari ni..aku bagaikan bermimpi..
pusing kanan..kiri..seakan mencari
seseorang....siapa lagi kalau bukan
WANA..

Tak sangka aku..rupanya hari ni aku dah pun berada
ditempatnya..semua kerja yg pernah dia buat aku ..buat
dgn penuh ketekunan..
nak kata mudah tak la juga nak kata susah tak
juga..

Untuk Wana ..aku mintak maaf banyak2 walau pun aku tahu lepas ni
dia dah tak dapat login lagik..

aku cuma sempat bagi dia loket berbentuk hati..
sbb aku pernah dgr dia ada rantai jer tp
tak ada loket..

pakai la ..Wana hanya itu yg mampu Kak da beli untuk Wana..
nak beli yang besar lagik nanti la Kak Da
naik gaji lagik ek.. hahaha

ok la sampai jumpa lagi..



Khamis, 27 Disember 2007

Celaru


Assalamualaikum semua yang sudi masuk blog aku nih
terasa agak lama jugak aku tak update blog aku..aku mmg tak ada mood...

Banyak sangat yang aku lalui di penghujung taun ni..
banyak perkara yang aku kena buat dan nak kene pikir

Persiapan anak nak sekolah(aku lom beli lagik)

Mak aku masuk Sepital(kaki dia dah jadi pendek sebelah 2 inchi)

Adik aku nak start Ngajor(nak guna duit nak beli car @ moto)

Umi plak tengah Sedeh..tak sudah2

Aku plak kehulu kehilir..mana nak uruskan anak kat umah
mana nak g Sepital lagik


Tapi yang paling terasa kawan baik aku dah nak
tinggalkan aku..betul2 dah tak ada masa cuma 1 hari jer lagi..

aku perasan gak kekadang dia masuk blog aku,mungkin nak baca apa yang terbaru dari aku..

Arghh camner la aku nak taip kalo hati ni celaru jek..
ada gak kawan aku yg perasan
( katanya "Kak Da, Na perasan Kak Da tak cam dulu ar..dulu ada jer lawak dari Kak Da"

Aku diam jer malas nak kata apa..baik aku
diam dari cakap yg bukan2

Hari ni..aku belajar ngan Wana camner nak buat
kerja dia nanti kalau dia dah tak ada..
nak kata susah tu tak la susah sangat,

cuma kene hati2 jer lebih ..
aa ni bila cakap pasal hati2 ni yg aku tak suker nih..
aku ni jenis koboi jer...

Tapi apa kan daya dah carta sudah tersurat

SYED MUSTAFA
SYARIFAH SALWANA
ROHANIDA

dah tak ada Wana aku la...mulanya aku tak nak..
duk tapak wana nih..malas la nanti kene marah ngan Boss aku..
dah tu aku duk fikir 2-3 kali..last2 aku
buat la keputusan...

aku cuba la dulu..nanti kalau tak ok baru la aku
duk kat lain plak
misti aku jadi diam cam Wana gak..yer a
aku tak sebulu ngan ..
..........

Wana misti tau...

ok la cau dulu la...
Wana doakan Kak Da
.....

Pasni aku nak bela ank ikan
aku nak letak kura2 kecik
kat meja aku leh aku kawan ngan ikan n kura2
hahaha...




Isnin, 10 Disember 2007

Dah lama tak update blog aku ni..


Lagik pasal ubat yg aku makan..ni la salah satu ubat yang
aku makan (sampingan)
untuk kurus ..aku makan malam jer..
tp ni untuk yang dah beranak cam aku la..
khasiat dia..

  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
  • Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan

cara nak makan plak ni dia..

Hari ke 4 - 50 (atau sehingga 100 hari)
Kelawasan biasa
  • makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu lawas (Sensitif )
  • makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak lawas (Sembelit)
makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali seh


aku dah lama makan ubat nih..bagus sangat untuk kesihatan..

ok la nak cerita pasal aku lagik ni...
cam aku cakap la bukan senang nak kurus..
tp aku tergolong dalam golongan tubuh yang mudah naik dan turun
tak sampai pun sebulan aku DIET
aku dah berjaya dapat hasil yang agak memuaskan

aku NEKAD..untuk kurus..
aku cari produk yang tak bahaya
aku makan berpantang
semua jenis yang berdanging
ayam..
daging..
sure aku tak makan..aku teliur sangat tgk kawan2..anak2
makan semuanya sedap..

aku JANJI dengan diri aku..
nanti kalau dah dapat berat badan yang aku impikan
semua benda aku nak makan...

aku cuma MAKAN
sayur
ikan
buah
nasik sket
air masak

aku tak pandai nak BERSENAM..aku cuma
amalkan naik turun tangga
lepas waktu makan tengahari
naik..
turun..
naik lagi..
turun..

Aku jumpa DOKTOR, aku dapatkan
nasihat darinya..
aku tanya pasal berat aku..

TERKEJUT aku..rupanya dalam tak sedar
tubuh aku dah..
OBESITI tahap 1..
arghhh..tesennya aku..

JISIM TUBUH AKU..30 up
teruk tul...
huh nak turun tahap
20..cukup la susah
apa pun untuk hari ni..

aku berbangga HASIL yg aku dapat

DULU aku 80 kg
HARI ni pagi aku 76 kg..
tak sampai pun SEBULAN..


ok la sini dulu aku cerita lagik kalau ada
masa...



Khamis, 6 Disember 2007

bayang kan ini aku..

Aku Bayangkan Kalau Aku Makan Tanpa Henti ..
2 BULAn Lagik Sure Aku Cam Nih.huhu Tak Moh Lah Aku..
Haha Ngan Diet Aku Sekarang, Aku Dah Dapat Kurangkan
2KG Dalam Masa
2 Minggu

Kalo Bab Makan Ko Tanye Jer WANA Cam Ner..
Hampehhh..Bukan Senang Nak KURUS..
Nak GEMOKKKKK Senang Jek ..
Haha Gi Jer KFC Tetiap Hari...
Aku Jamin Cam Nih La Jadinya...
"SIAPA KATA GEMOK TU CANTIK"
Tipu..Buta Agaknya Mata Orang Tuh

YANG PASTI AKU TAK MOH LAGIK TUBUH AKU BILA TIMBANG JER
NAIK..TAK MOH..TAK SUKE..TAK NAK...